Kemahiran Insaniah

Kemahiran insaniah potensi kerjaya garaduan Modal insan ialah individu yang berilmu ,berkeyakinan,mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi,beretika,berbudi pekerti,bersopan       santun,berdisiplin,dinamik,inovatif,kreatif,sihat,bersemangat patriotik,adil,progresif,cekal dan berdaya saing.Inilah modal insan yang memiliki personaliti  unggul.Merekalah yang akan menetukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Kemahiran insaniah
Dalam hal ini,institusi pengajian tinggi(IPT) di Malaysia perlu mengorak langkah untuk melaksanakan revolusi pendidikan dalam usaha memantap dan memperkasakan pembangunan modal insan secara bersepadu serta menyeluruh demi kemakmuran negara dan kehendak pasaran kerja.
    Dengan ini,IPT dapat melahirkan graduan yang memiliki kemahiran seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap,akhlak dan sebagainya.Kemahiran itu bertujuan untuk menjalnakan graduan yang memiliki kemahiran berkomunikasi,pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran kerja berpasukan,pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,kemahiran keusahawanan,kemoralan dan etika profesional dan kemahiran kepemimpinan.

Pembelajaran berterusan
Kemahiran insaniah(KI) merangkumi aspek kemahiran generik.Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus mengenai KI,kebanyakannya berkait rapat dengan kemahiran seperti kepemimpinan,kerjasama berpasukan,komunikasi dan pembelajaran berterusan.
    KI adalah antara elemen dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global,apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu patas.Oleh itu,graduan IPT mesti menilai KI yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian yang kian mencabar.

Cabaran Mahasiswa
Hakikatnya cabaran mahasiswa semakin hari semakin besar.Sekurang-kurangnya terdapat tiga cabaran utama.Pertama,berjaya mengungguli prestasi  akademik dengan ukuran pencapaian CGPA 3.50 ke atas.Kedua,mempunyai tahap kemahiran komunikasi lisan dan tulisan dalam dwinahasa khususnya bahasa melayu dan bahasa inggeris.
    Ketiga,mempunyai jati diri yang yang tinggi seperti berani mencuba,inivatif serta kecekapan membina jaringan sosial.Cabaran pertama sememangya sudah difahami sejak menjejakkan kai ke menara gading.Tetapi bagaimana mereka menguruskan cabaran kedua dan ketiga sebelum melangkah keluar dengan segulung ijazah?
    Setiap tahun IPT awam(IPTA) dan swasta(IPTS) menghasilkan puluhan ribu graduan.Bilangan ini semakin bertambah dengan pelajar yang pulang membawa ijazah dari luar negara dan pengangguuran mahasiswa pula semakin bertambah.Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif menawarkan pendidikan lanjutan dengan elaun agar graduan itu dapat membuat kemasan diri dan kelengkapan ilmu teknologi tambahan sebelum mereka benar-benar bersedia ke alam pekerjaan.


Wan Zuhari Wan Ismail

No comments:

Post a Comment