Maklumat daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam saperti yang
disiarkan dalam
media masa baru baru ini menunjukkan 1.1 juta pencari kerja yang
berdaftar dengan agensi itu sedang menunggu
untuk diserapkan dalam mana mana kementerian, jabatan atau agensi
kerajaan tahun ini samada secara tetap atau
kontrak.
Pada masa ini perkhidmatan sektor awam didapati menjadi minat ramai
kepada pencari kerja. Dengan kata l lain ,
persaingan untuk mendapat pekerjaan dalam sektor awam masa
kini semakin hebat..
Mungkin bakal graduan ingin mengetahui apakah kelebihan
yang diperolehi oleh pegawai dan penolong pegawai
yang menceburi jabatan awam. Walaupun gaji dan elaun nya tidak
setanding sektor swasta, namun kelebihan amat
banyak diterima oleh penjawat awam sama ada ketika berkhidmat atau
bersara.
Antara nya:
- Pekerjaan disektor awam lebih terjamin. Setiap pekerja dijamin dan dilindungi kerajaan.
- Gaji permulaan yang agak
tinggi selain pelbagai elaun
saperti elaun khidmat awam, elaun perumahan
dan elaun sara hidup - Kakitangan awam mendapat faedah saperti pinjaman pembelian rumah, komputer
- Bekerja 5 hari seminggu
- Cuti rehat tahunan dan cuti bersalin selain cuti menunai haji.
- Kemudahan rawatan perubatan di hospital atau klinik kerajaan..
- Calon boleh memilih skim pencen atau caruman KWSP.
- Setiap tahun ada bayaran bonus/imbuhan jika kewangan kerajaan mengizinkan.
- pegawai dinaikkan pangkat
berdasarkan pengalaman,
kecemerlangan perkhidmatan dan kekosongan
jawatan. - Berpeluang meningkatkan
tahap akademik dan profesion
melalui latihan dan pendidikan sehingga doktor
falsafah. - Khidmat pekerja mungkin dilanjutkan secara kontrak jika keperluan perkhidmatan diperlukan.
- Pegawai yang bersara bakal menerima sejumlah gratuiti.
- Pegawai bersara juga mendapat bayaran pencen bulanan.
- Pesara akan menikmati rawatan di klinik dan hospital secara percuma.
- Pesara kerajaan juga menikmati potongan bayaran untuk pengangkutan awam.
Copyright © 2013 PKB™
No comments:
Post a Comment