Usahawan Tani sebagai kerjaya

Usahawan Tani

Pernahkah pelajar pelajar di IPT terfikir untuk menceburi sektor pertanian sebagai usahawan selepas menamatkan pengajian?
Jika ingin berdikari dan mencari pendapatan yang lebih, pelajar boleh menjadi usahawan tani. Bekerja sebagai usaha membabitkan
pelbagai bidang, misalnya peruncitan, makanan, pengeluaran, perkhidmatan, pembekalan, hartanah , barangan dan kemahiran.
Sebenarnya , peluang sebagai usahawan tani di negara ini terbuka luas cuma mungkin pelajar pelajar tidak terdedah dengan maklumat
mengenai peluang yang tersedia ada, malah kerajaan sentiasa menggalakan rakyat menceburi bidang ini. Kerajaan dilihat memberi penekanan
kepada bidang pertanian kerana hasil pengeluaran saperti beras, sayur2an, buah2an sangat diperlukan oleh kita semua.

Pelapis di perlukan

Tentunya pembabitan graduan  amat penting kerana negara memerlukan pelapis bagi meneruskan kelangsungan aktiviti pertanian. Kerajaan
menubuhkan banyak tabung kewangan  bagi membantu bakal usahawan memulakan perniagaan. Satu daripada bidang yang berpotensi ialah
agromakanan.

Latihan

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan(NATC)  akan menyediakan latihan kepada peserta yang berminat  meneroka bidang agromakanan.

Pembiayaan

MOA melalui Agrobank akan menyalurkan bantuan kewangan daripada dana MyAgrosis kepada peserta yang berjaya menjalani latihan di NATC

Pemasaran

Pihak fama akan memantau siswazah tani untuk memasarkan hasil keluaran tanaman mereka. FAMA akan membuka lebih banyak pasar tani
di seluruh negara bagi memudahkan usahawan tani memasarkan hasil.

Kelebihan menjadi usahawan tani

  • Anda berusaha sendiri dengan  bantuan agensi dibawah MOA untuk mencapai kejayaan
  • Anda sendiri menentukan sendiri sasaran kerja yang dilakukan
  • Anda dibantu oleh kakitangan sendiri
  • Pendapatan bergantung pada usaha sendiri
  • Mendapat bantuan latihan, pembiayaan dan pemasaran daripada agensi MOA
Maklumat lanjut boleh di perolehi dengan melayari Laman FAMA  atau MOA atau telefon 03-61262020/ 03-88701000.
Dr Mohd Yahya Mohd Arifin(BH 28 Feb 2013)

Copyright © 2013 PKB™

No comments:

Post a Comment