Tips untuk memulakan perniagaan

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi.Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdaganagn,pertukangan,pekerjaan,profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

LESEN DAN PERMIT


Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.Anda perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT) di lokasi perniagaan anda.

FRANCAIS

Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais.Francais bukanlah satu "bentuk" perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francais) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk(francaisor).Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

SISTEM FRANCAIS


Sistem Francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya.Untuk menjalankan pernigaan mengikut sistem francais anda perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais,Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN

Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan anda.Lebih baik lagi, jika anda mempunyai pelan yang strategik.Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan,yang perlu dipersoalkan kini,apakah itu yang dimaksudkan pelan perniagaan?Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau 'business plan'.Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran,strategi dan perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat.Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun mendatang.
    Ramai peniaga kita tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini.Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarakan kerana perniagaan mereka itu kecil sahaja.Sama ada perniagaan kita kecil atau besar,kita masih tetap memerlukan pelan perniagaan.

PERCUKAIAN

Di Malaysia,semua pendapatan syarikat atau individual yang diperolehi dikenakan cukai.Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN)berfungsi dalam memberi perkhidmatan penaksiran,pentadbiran,pemungutan dan peguatkuasaan pembayaran cukai-cukai yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.

PENGURUSAN KEWANGAN


Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu,untuk mengurus dengan baik,sumber-sumber pendapatan,serta aset seseorang itu,supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah/manfaat yang optimum,dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan.Dengan terurusnya kewangan seseorang itu,maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan,dan hanya akan membuat komitmen-komitmen kewangan  yang mampu diselesaikan.

1 comment:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete