Saluran Komunikasi Kerjaya

SALURAN KOMUNIKASI KERJAYA Perkara yang amat penting kepada bakal  graduan ialah bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai pekerjaan yang diperlukan.

Internet
Pelajar harus menjadikan internet sebagai sebahagian daripada strategi pencarian kerja.Jika bukan tempat yang terbaik untuk mencari peluang kerja,internet masih menyediakan pelbagai faedah kerana enjin cariannya menyediakan sumber maklumat pekerjaan yang hebat.
    Internet menyediakan maklumat mengenai pekerjaan termasuk penyediaan resume yang berkesan,teknik menghadiri temu duga,surat iringan,surat ucapan terima kasih serta tip mencari pekerjaan.
    Terdapat banyak laman sesawang di internet negara ini yang menyediakan senarai pekerjaan yang boleh dilayari.Antara yang boleh dilayari termasuk www.graduan.com.my,www.star-jobs.com,dan www.jobstreet.com.

Media massa
Terdapat kepelbagaian media massa samada media cetak mahupun elektronik yang beroperasi di negara ini.Puluhan surat khabar,ratusan majalah serta banyak sekali saluran televisyen dan radio yang boleh dipilih.
    Agensi awam atau syarikat swasta di negara ini lazimnya mengiklankan jawatan kosong dalam akhbar arus perdana setiap hari.Pelajar boleh memilih jawatan yang bersesuaian engan kelulusan.
    Oleh itu,untuk tidak ketinggalan harus melihat dan membaca akhbar setiap hari khususnya hujung minggu.Terdapat banyak jawatan kosong diiklankan dalam akhbar-akhbar dan pelajar boleh memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan.

Jabatan Tenaga Kerja
Selain di atas,saluran komunikasi pekerjaan yang boleh diterokai untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan ialah di  Jabatan Tenaga Kerja,Kementerian sumber manusia di ibu pejabat putrajaya atau di mana-mana cawangan di selurub negara.
    Banyak syarikat mendaftar dengan jabatan ini mengenai keperluan tenaga kerja di organisasi mereka,maka gunakan peluang itu dengan mendaftarkan diri di jabatan berkenaan serta memberi maklumat peribadi,kelayakan dan bidang pekerjaan yang diminati.
    Kemudahan internetmembolehkan jabatan ini melaksanakan penjodohan pekerjaan secara 'online' untuk pencari pekerja memperoleh pekerjaan yang sesuai.Bakal majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.Jabatan ini menggunakan alamat laman web www.jobMalaysia.gov.my untuk memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.

Bahagian 2

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
SPA sangat popular dalam kalangan lulusan universiti yang berminat menyertai perkhidmatan awam di negara ini.Oleh itu,jika berminat pelajar boleh mendaftar terus ke suruhanjaya itu melalui laman webnya iaitu www.spa.gov.my.
    Pelajar boleh melihat senarai jawatan ynag dirawarkan dan mengigi borang permohonan.Langkah itu bertujuan memberi kemudahan kepada pencari kerja khususnya pelajar universiti serta menyegerakan proses permohonan jawatan uang dikendalikan oleh SPA yang jumlahnya begitu banyak meliputi pelbagai peringkat jawatan.

Program larihan amali/latihan industri
IPT awam dan swasta kini mewajibkan pelajar mereka menjalani latihan amali atau latihan industri di organisasi dan industri di organisasi dan industri berkaitan untuk satu tempoh tertentu.Sebagai contoh,pada semester ini,ramai pelajar universiti termasuk pelajar saya sedang menjalani latihan amali/industri di organisasi pilihan mereka.
    Lazimnya,tempoh latihan antara tiga hingga enam bulan.Ketika tempoh itu,pelajar berpeluang mempelajari dan menimba ilmu serta pengalaman berkaitan bidang tugas organisasi itu.Pentingnya program itu,Kementerian Pengajian Tinggi menggesa syarikat swasta memberi sokongan kepada Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi yang dilihat mampu pembentukan bakat kerja sekali gus memperkasakan modal insan di negara ini.

Temu duga terbuka
Temu duga secara terbuka(walk-in) ialah satu daripada cara untuk mendapatkan pekerjaan.Cara itu memerlukan usaha yang lebih apabila pelajar terpaksa pergi dari satu syarikat ke satu syarikat bertanyakan kerja yang sesuai.Jika bernasib baik,mungkin syarikat pertama yang pelajar pergi terus menemuduga dan menawarkan pekerjaan kepada anda.
    Bagaimanapun,jika gagal sekurang-kurangnya memberi pengalaman kepada pelajar mengenai bagaimana sesi temu duga kerja dijalankan.Menariknya,temu duga terbuka itu bukan sahaja dilakukan oleh syarikat swasta,malah sektor awam juga berbuat demikian.

Agensi pekerjaan
Agensi pekerjaan berfungsi membantu majikan untuk mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan pencari pekerja khususnya lulusan institusi pengajian tinggi(IPT).
    Lazimnya,agensi itu akan mengiklankan jawatan yang diperlukan di akhbar atau laman web.
    Agensi itu boleh dicapai  dengan melayari laman web mereka.Contohnya,www.jebjobs.com, dan www.carebuilders.com.my.Selain itu pilihlah agensi yang bersaiz besar,teguh dan terkenal kerana mereka mempunyai ramai tenaga profesional dlalam urusan penempatan pekerjaan.Terdapat agensi yang mengenakan yuran kepada yang mendaftar dengan mereka.

Temu duga di  kampus
Bakal graduan yang akan menamatkan pengajian di universiti atau institusi pengajian tinggi berpeluang untuk ditemu duga oleh bakal majikan.
    Mereka akan datang ke kampus yang diuruskan oleh bahagian hal-ehwal pelajar untuk menemu duga pelajar.Majiikan akan menemu duga pelajar.Majikan akan menemu duga dan melantik kakitangan baharu yang me,mpunyaii kelayakan akademik tetapi tidak mampunyai pengalaman kerja.
    Terdapat majikan mengadakan sesi temu duga secara tetap dari semasa ke semasa khususnya pada akhir sesi pengajian bagi mencari calon yang layak dan sesuai.
    Oleh itu,pelajar tahun akhir perlu mengambil kesempatan dan peluang sebegini untuk mendaftarkan diri dan hadir temuduga.Mungkin tuah menyebelahi anda.
    Dalam konteks ini penulis berpendapat pelajar IPT cukup bertuah kerana ada majikan sanggup pergi kekampus mengendalikan temu duga kerja.Dengan kata lain,kerja mencari pelajar.Apa yang perlu dilakukan ialah bersiap sedialah merebut peluang itu.

Pengambilan semasa hari kerjaya
Dari semasa ke semasa IPT,Kementerian Sumber Manusia dan persatuan perniagaan menganjurkan hari kerjaya dengan menjemputu bakal majikan membuka gerai dan kaunter pameran.
    Pelajar IPT berpeluang bertemu dengan wakil organisasi yang mengambil bahagian di lokasi setempat.Wakil organisasi juga dapat bertemu dengan pemohon kerja yang ramai dalam tempoh sehari sehingga tiga hari.
    Organisasi biasanya akan menjalankan sesi temu duga kerja dan tentunya usaha itu memudahkan pelajar dan majikan kerana dapat menjimatkan masa dan kos.Cuba dapatkan maklumat daripada bahagian hal ehwal pelajar universiti pelajar mengenai syarikat dan jenis pekerjaan yang bakal ditawarkan.
    Jika berminat bersiapsedialah dengan dokumen penting seperti sijil akademik,sijil kokurikulum serta sepasang pakaian yang sesuai untuk menghadiri sesi temu duga itu.

Jaringan rakan yang bekerja
Maklumat pekerjaan juga boleh diperoleh melalui rakan atau kenalan pelajar yang bekerja dengan bertanyakan jawatan yang diperlukan di syarikat mereka bekerja.
    Laporan majalah Smart Money di Amerika menunjukkan 62 peratus pencari pekerja memperoleh pekerjaan melalui "face-to-face networking".Kajian oleh Drake Beam Moring mengesahkan maklumat ini dengan membuktikan bahawa 64 peratus daripada 7,500 responden mengakui mereka mendapat pekerjaan melalui hubungan sosial dan pertemuan dengan rakan (Gerson dan Gerson 2009).
    Mungkin tindakan itu membolehkan pelajar memperolehi kerja lebih awal,iaitu sebaik sahaja menamatkan pengajian.
    Penulis sendiri mempunyai pengalaman dalam perkara ini.Suatu ketika dahulu sebelum menamatkan pengajian,penulis menghubungi rakan yang bekerja dalam satu organisasi.
    Beliau memberi maklumat tentang kekosongan jawatan itu.Lantas,penulis memohon dan berjaya mendapatkan pekerjaan itu.Terima kasih kepada rakan itu kerana embantu penulis.

Jaringan dengan rakan media sosial
Fenomena global jaringan sosial dalam talian memberi impak kepada pengguna internet di Malaysia.Menurut Siti Ezaleila dan Azizah(2010) disebabkan kemampuannya yang membolehkan komunikasi dalam kalangan pengguna tanpa batasan dan penyebaran maklumat secara global,laman jaringan sosial digunakan dengan meluas oleh pelbgai kumpulan pengguna.
    Melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter,bakal pekerja boleh berkomunikasi dengan rakan untuk mendapat atau berkongsi maklumat tentang peluang pekerjaan yang terdapat bukan sahaja dalam negara tetapi luar negara.





Dr Mohd Yahya Mohd Arifin

1 comment: