Persediaan Menghadiri Temuduga

PERSEDIAAN MENGHADIRI TEMU DUGA Tentunya calon berasa gembira  apabila menerima panggilan telefon atau surat daripada organisasi untuk menghadiri temuduga selepas berusaha menghantar permohonan ke organisasi awam atau swasta.
       Penerimaan berita itu bermakna calon sedang menuju ke puncak untuk menggapai kejayaan dalam kerjaya pertama.Sesi temu duga ialah masa yang bermakna kerana berdepan dengan bakal majikan bagi mempromosi pencapaian akademik,pengalaman,kemahiran dan kesungguhan yang ada pada calon.Ketika itulah calon diberi peluang  menyakinkan bakal majikan mengenai kehebatan diri,
        Pertemuan itu menjadi platform untuk majikan mengenali lebih dekat bakal pekerjanya.Setiap soalan yang dikemukakan oleh penemu duga bertujuan mencabar minda dan daya tahan bagi menilai dan menguji keupayaan calon sebelum memilih yang terbaik.
        Oleh itu,persediaan terbaik perlu dilakukan dengan rapi dan tersusun.Persediaan itu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sebelum,ketika dan selepas temu duga.Pada ruangan ini,penulis akan berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai bagaimana membuat persediaan sebelum menghadiri sesi temuduga.
        Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian termasuk pengetahuan,penampilan diri,persiapan fizikal dan mental,persiapan dokumen,pakaian serta kehadiran ke temu duga.

1.Pengetahuan
       a.    Pengetahuan mengenai organisasi calon perlu membuat sedikit kajian bagi mendapatkan maklumat dan membaca mengenai organisasi yang mungkin menjadi majikan.Calon perlu tahu latar belakang atau profil organisasi,pengurusan tertinggi,bentuk operasi,jenis keluaran,maklumat kewangan di samping cabaran yang dihadapi.Pengetahuan itu memberi kelebihan dan menunjukkan calon amat berminat dengan organisasi itu kerana mengetahui banyak perkara mengenainya.
     
       b.    Pengetahuan mengenai kerja yang dipohon-calon perlu tahu bidang tugas dan waktu kerja yang dipohon.Sebelum menghadiri temu duga,cuba hubungi pihak majikan untuk mendapatkan maklumat kerja yang bakal dipohon.Misalnya,tugas dan tanggunjawab yang diperlukan oleh eksekutif untuk jawatan yang dipohon.Persediaan itu banyak membantu calon semasa sesi temu duga.

        c.    Pengetahuan am- Calon perlu bersedia dengan pengetahuan am dan perkembangan semasa termasuk berkaitan ekonomi,politik,sosial dan antarabangsa.Hal ini demikian kerana calon mungkin tidak menyangka pihak penemu duga bertanyakan soalan pengetahuan am,dengan tujuan menguji samada calon prihatin dan mengambil tahu tentang perkembangan semasa atau sebaliknya.

2.Penampilan diri
     Faktor ini amat penting dan sering diberi perhatian oleh bakal majikan.Ingatlah penampilan ialah tanggapan pertama orang lain terhadap calon.Tanggapan pertama  majikan terhadap calon adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi keputusan pengambilan kerja yang dipohon.
     Oleh itu,berilah perhatian mengenai penampilan diri sebelum menghadiri  temu duga.Bagi lelaki,potonglah rambut jika memilki rambut panjang di samping kemaskan wajah seperti misai dan kumis agar kelihatan segak dan tampan.
     Bagi wanita yang tidak bertudung pula,guntinglah rambut jika perlu supaya nampak lebih rapi, anggun dan menawan.Selain itu,pastikan kuku dan gigii kelihatan bersih dan cantik.Faktor itu memberi gambaran peribadi bahawa calon seorang yang tahu mengurus diri serta pentingkan kekemasan dan kebersihan diri.Kenakan pakaian yang difikirkan sesuai dan terbaik bagi calon.

3.Memfail sijil dan dokumen
       Semua sijil dan dokumen penting termasuk skrol diploma dan ijazah,transkrip keputusan peperiksaan,sijil kokurikulum dan sijil kelahiran perlu dimasukkan ke dalam folder.Usaha itu menggambarkan bahawa calon ialah seorang yang kemas,teliti dan sistematik,malah mudah dibawa serta memudahkan pihak penemu duga menyemak sijil dan dokumen itu,Bawa bersama-sama beberapa salinan rsume sebagai persediaan jika diminta oleh penemu duga.Jangan lupa,bawakan surat panggilan temu duga sebagai bukti calon dipanggil oleh bakal majikan.

4.Semak keperluan temu duga sebelum pergi
    Calon perlu menyemak semua bahan,peralatan dan folder yang mengandungi sijil dan dokumen penting agar tiada yang tertinggal.Jika tetinggal menyebabkan calon tidak tenteram,tidak selesa serta mengganggu fikiran semasa ditemu duga.Jika kurang bernasib baik,akan ditanya oleh penemu duga tentang sijil atau dokumen yang tetinggal itu.
Dr Mohd Yahya Mohd Arifin

No comments:

Post a Comment